Kawan Kawan

Tuesday 31 July 2012

Halitosis - Mulut Berbau


Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah

Tanpa disedari cara kita berkomunikasi sebenarnya merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi penampilan diri bagi setiap individu. Lebih penting lagi, komunikasi yang menggunakan pertuturan banyak hubung kaitnya dengan status kesihatan dan penjagaan kebersihan diri seseorang. Namun, kurangnya penekanan dalam kedua-dua aspek berkenaan boleh menyebabkan orang lain menjauhkan diri tanpa kita sedari punca sebenarnya.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan. Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Halitosis merupakan suatu keadaan patofisiologi dari seorang tubuh manusia yang hidup dari rongga mulut mereka dapat dikesan beberapa hiduan bau yang berbeza-beza. Bau yang dikeluarkan ini, kebanyakannya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti corak, tahap dan liku-liku kehidupan yang berbeza. Ia merupakan satu keadaan di mana wujudnya sesuatu bau yang tidak menyenangkan dikeluarkan melalui rongga mulut seseorang akibat beberapa aspek klinikal. Contohnya seperti reaksi metabolisme saluran pencernaan, keadaan dalaman paru-paru atau terdapatnya aktiviti kuman bakteria di dalam tisu rongga mulut individu terbabit.

Kebanyakan individu ketika baru bangun pada waktu pagi, rongga mulut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Keadaan ini berlaku kerana, proses putrefaction (pereputan dan berbau busuk) dari sisa makanan dan rembesan air liur semasa tidur dan kurangnya aktiviti dari lidah. Bagaimanapun, proses ini bertambah semakin serius sekiranya kesihatan gigi tidak diberi perhatian, pada masa yang sama berlakunya proses dehidrasi iaitu tisu tubuh kehilangan banyak kandungan air. Keadaan menjadi bertambah semakin serius, sekiranya individu terbabit menghidap penyakit-penyakit sistemik yang lain.

Seseorang hanya menyedari mereka mempunyai masalah mulut berbau masam hanya apabila diberitahu atau dimaklumkan kepadanya semasa dia bernafas atau bercakap di khalayak umum. Keadaan ini sering memalukan dan lambat diketahui kerana kepekaan terhadap bau mulut adalah sesuatu yang subjektif. Bagaimanapun, secara umum masalah mulut berbau ini bergantung kepada penerimaan bau tersebut oleh individu lain. Beliau menambah, dengan menggunakan satu kaca kecil, seseorang yang menghembuskan udara keluar dari mulut dan refleksi bau pada kaca dapat diamati untuk menentukan bau mulut.

PUNCA MULUT BERBAU

  1. Penyakit sistemik
  2. Jangkitan bakteria anaerobik
  3. Penjagaan gigi
  4. Ubat-ubatan
  5. Tabiat tidur berdengkur
  6. Jangkitan pada gigi
  7. Jantina
RAWATAN

Secara umum rawatan mulut berbau akan dilakukan berdasarkan kepada puncanya. Di samping itu, proses pemulihan dan pengembalian kesihatan normal tisu dan gigi dalam rongga individu terbabit. Setelah keadaan ini diambil kira, pemeriksaan lebih intensif akan dilakukan. Namun, sekiranya keadaan mulut berbau ini masih wujud, pemeriksaan sistem pernafasan dan saluran pencernaan perlu dilakukan.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut. Memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh

Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.


2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
3)Mengunyah gula-gula getah

Gula-gula getah tanpa kandungan gula tidak dapat menggantikan fungsi penting menggosok gigi sehabis makan. Fungsinya hanya menyegarkan nafas untuk sesaat kerana cara bekerjanya adalah menambah produksi air liur untuk membersihkan bakteri dan penyakit. Gula-gula getah berperisa mint juga dapat digunakan untuk perlindungan sementara.


4) Penggunaan herba

Untuk memerangi bau nafas tak sedap, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary, daun ketumbar, tarragon, eucalyptus dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut. Tanaman segar ini pun boleh dibuat minuman, yang jelas khasiatnya amat baik pula untuk pencernaan. Jadi, anda memperoleh dua keuntungan sekaligus, baik untuk pencernaan dan pencuci mulut.

5) Menikmati yogurt

Biasakan diri memakan yogurt. Kajian menunjukkan, mengambil yogurt setiap hari dapat mengurangi kadar bau mulut tak sedap. Yogurt mengandung kadar organisme mikrokospis dan hidrogensulfida yang dapat mengurangkan bakteri di mulut, sehingga mencegah gigi berlubang dan penyakit gusi. Yogurt membuat bakteri tidak dapat aktif. Tapi ingat pilih yogurt yang natural, jangan yang sudah dicampur gula atau yang telah diproses lebih lanjut.


6) Sayur dan buah renyah

Epal, seleri, karot boleh dikunyah terus. Jenis sayur dan buah ini diyakini dapat menambah pengeluaran air liur sehingga menjadikan mulut tetap basah. Tapi, perlu juga, gosok gigi sehabis makan untuk mengeluarkan sisa makanan celah-celah gigi.


8) Vitamin C Dos Tinggi

Makanlah buah-buahan jenis masam, melon, dan makanan lainnya yang mengandung vitamin C dos yang tinggi. Jika tubuh kita penuh dengan vitamin C Bakteri enggan tumbuh berkembang. Untuk mereka yang berdiet, vitamin C dos tinggi sangat diperlukankan untuk mencegah penyakit gusi dan radang gusi. Kedua penyakit itu menyebabkan bau mulut yang tidak sedap.

Dapatkan vitamin C dari makanan, buah-buahan, sayuran, dan jangan dari suplemen, kerana suplemen dapat menyebabkan perut menjadi mual sehingga akhirnya napas yang dikeluarkan menjadi bau.


8) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

9) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Salam ~ Hazwan Frees

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...