
Oleh kerana Adi menjawab soalan tersebut dengan sedikit lambat, Pihak TV3 menayangkan sedutan lain buat para penonton sambil menunggu Adi menyiapkan soalan yang diberikan Ally. Bercerita mengenai pelajar tingkatan lima tadi, Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir itu memang seorang yang bersopan kalau dilihat dari segi percakapan dan tutur katanya. Sejuk perut ibunya mengandung. Setelah selesai menyudahkan soalan itu, Adi telah memberikan jawapan yang salah, Biar betul……??

Namun Si Ally Iskandar ni pandai memujuk, Ally pujuk Adi dengan pujukan memohon maaf sekiranya soalan yang diberikannya membuat Adi tertekan. Kami pun rasa yang Adi ni tertekan, dengan bersusaha payah menerbitkan buku lagi untuk dipromosikan kepada penonton MHI, mungkin dia berdebar. Apa yang bagusnya, Adi tetap mantain cool je walaupun jawapan yang diberikannya salah. Bagus juga pihak MHI, memang mereka tahu yang Adi masih lagi seorang budak walaupun dia memegang gelaran budak genius malaysia. kita perlu ingat nobody is perfect Maklumlah kita semua manusia biasa, hanya Allah yang maha mengetahui. Tiada yang lebih berkuasa dari-Nya
p/s - mungkin akan ada orang diluar sana yang akan mempertikaikan tentang adik Adi Putra tapi apa yang kita perlu ingat nobody is perfect. Adik Adi Putra hanya budak biasa, walaupun genius, dia juga tak boleh nak elakkan daripada berbuat silap.


No comments:
Post a Comment